Greetings....all traveller blog... This blog is provided for readers and reviewers who interested to find and gather the materials connect hook with education studies and all forms of scientific studies.... Hopefully this partnership can provide inspiration and encouragement to continue to write and collect how much science is useful for us together.... “ Good science is the science that can benefit themselves and other people together”
Selasa, 15 Mac 2011
Ahad, 13 Mac 2011
Pendekatan Pengajaran
BEBERAPA PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BAHASA
Abdullah Hassan (1986) mengemukakan definisi pendekatan dan kaedah dalam pengajaran bahasa yang berbeza. Beliau maksudkan 'pendekatan' sebagai sesuatu sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran bahasa, istilah ini merupakan satu kumpulan prinsip atau andaian yang berkaitan dengan bahasa, pengajaran bahasa dan pembelajaran bahasa tersebut. Pendekatan yang berlandaskan teori bahasa, teori pengajaran bahasa dan teori pembelajaran bahasa juga menyentuh cara bahasa itu diperolehi, bagaimana bahasa itu terlahir dan difahami serta perkara-perkara yang mengawal bahasa tersebut.
Kaedah pula Abdullah Hassan maksudkan sebagai langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang diatur untuk mengajar sesuatu bahasa atau bahagian-bahagiannya, sesuai dengan pendekatan yang dipegangnya.
Daripada dua definisi ini nyatalah bahawa pendekatan dalam proses pengajaran sesuatu bahasa dapat dijadikan pegangan untuk mengatur kaedah pengajaran. Sementara pendekatan dan kaedah pula diperkukuh dengan teknik pengajaran atau muslihat penyampaian butiran-butiran pengajaran yang dapat mengarah kepada matlamat yang hendak dicapai oleh seseorang guru.
Guru kerap membuat pertanyaan apakah pendekatan yang sesuai bagi menyampaikan sesuatu aspek bahasa kepadamurid-muridnya. Manakah yang lebih berkesan menyampaikan rumusan-rumusan atau peraturan-peraturan bahasa lebih dahulu lalu diperkukuh dengan butiran-butiran contoh yang dikemukakan kemudian atau murid-murid dibimbing untuk membentuk rumusan sesuatu aspek bahasa hasil daripada perbincangan dan pemerhatian.
Terdapat tiga pendekatan dalam proses pengajaran bahasa iaitu:
1. PENDEKATAN DEDUKTIF
Pendekatan yang mengemukakan pengajaran rumusan bahasa sebelum mencapai penggunaan bahasa yakni pelajar-pelajar diperkenalkan terlebih dahulu akan sejenis rumusan tatabahasa dengan jelas lalu diberikan contoh-contoh yang sesuai. Pelajar- pelajar kemudiannya meniru contoh-contoh tersebut dan menghafaznya.
2. PENDEKATAN INDUKTIF
Pendekatan ini dimaksudkan dengan guru menyampaikan beberapa struktur penggunaan sesuatu aspek tatabahasa yang hendak diajarkannya. Kemudian para pelajar mengemukakan contoh-contoh lain yang serupa dengan struktur yang disampaikan oleh guru sebagai latihan lanjutan. Setelah itu para pelajar dibimbing untuk membuat pemerhatian kepada pembinaan struktur tersebut dan kemudiannya membentuk generalisasi
atau rumusan sendiri.
3. PENDEKATAN ELEKTIK
Pendekatan elektik ini merupakan gabung jalin antara pendekatan deduktif dan pendekatan induktif bagi menghasilkan satu strategi pengajaran yang lebih berkesan. Mengikut Abdullah Hassan (1986), strategi pengajaran yang berpandukan pendekatan elektik ini dimulai dengan guru memberikan contoh-contoh mengenai sesuatu unsur bahasa dan meminta para pelajar memberikan contoh-contoh yang serupa. Selepas itu, pelajar dibimbing untuk membuat pernyataan mengenai rumusan tatabahasa yang terlibat dan kemudian pelajar-pelajar mengemukakan lagi contoh-contoh lain. Sebaliknya guru boleh pula memulakan pengajarannya dengan memberikan rumusan tatabahasa yang berkenaan kemudian pelajar diminta memberikan penjelasan mengenai rumusan tersebut dengan.mengemukakan contoh-contoh yang konkrit.
Jika kita teliti, pendekatan deduktif dan pendekatan induktif mempunyai matlamat yang serupa. Namun demikian, kaedah-kaedah yang mendukung pendekatan pengajaran ini menyebabkan lakuan yang berbeza terhadap pelajar. Pendekatan induktif yang lebih mengarah kepada aliran behaviourisme atau teori mekanis ini berpegang kepada rasa yakin bahawa penguasaan bahasa seseorang itu boleh tercapai dengan adanya latihan-latihan yang berulangan sehingga membentuk kebiasaan atau tabiat. Sedangkan pendekatan deduktif pula banyak terbentuk hasil gerak balas mental atau fikiran untuk merumuskan sesuatu aspek
pengajaran tatabahasa.
Apa sahaja pendekatan yang hendak kita terapi dalam pengajaran, penyesuaian kaedah pengajaran yang disusun serapi mungkin boleh mencapai matlamat yang menjadi sasaran kita. Terdapat beberapa kaedah pengajaran bahasa yang dikemukakan oleh para penyelidik pendidikan hasil daripada pemerhatian terhadap beberapa teori pemerolehan bahasa. Antaranya ialah :
4. KAEDAH NAHU TERJEMAHAN
Kaedah ini menitikberatkan pelajar-pelajar menghafaz rumus-rumus tatabahasa dan ayat-ayat yang dikemukakan oleh pelajar mengarah kepada pol a atau struktur yang terdapat dalam rumusan tatabahasa berkenaan. Perbendaharaan kata diberikan di pangkal pengajaran menerusi terjemahan dan tumpuan pengajaran kerap mengarah kepada kesalahan umum dalam penggunaan bahasa. Kaedah ini lebih cenderung menghurai bahasa tulisan dan mengetepikan langsung bahasa pertuturan atau kemahiran-kemahiran komunikasi kerana terlalu banyak tekanan pengajaran diarahkan kepada pengetahuan peraturan bahasa dan
kekecualian-kekecualiannya.
5. KAEDAH TERUS
Kalaulah kaedah pengajaran Nahu Terjemahan membuat penumpuan kepada kemahiran berbahasa secara pasif, Kaedah Terus yang dikemukakan oleh Berlitz menekankan penggunaan struktur dan perbendaharaan kata bahasa seharian dalam situasi yang aktif. Komunikasi di dalam kelas terbentuk melalui
interaksi antara guru dengan murid. Bahasa sasaran terus atau langsung diajar tanpa menggunakan terjemahan- terjemahan daripada bahasa ibunda. Bahan-bahan pengajaran disusun mengikut rumus-rumus nahu dan disampaikan secara latih tubi bagi membiasakan pelajar dengan pola-pola atau struktur ayat yang dipelajarinya. Kemahiran berbahasa akan terbentuk
melalui latihan yang berulang-ulang melalui pertuturan.
6. KAEDAH AUDIO-LINGUAL (DENGAR SEBUT)
Kaedah ini berorientasikan kemahiran mendengar dan bertutur, walaupun kemahiran membaca dan menulis tidak ketinggalan. Kaedah ini juga menekankan program pembelajaran bahasa untuk perhubungan atau komunikasi. Ada empat ciri kaedah dengar-sebut ini seperti mana yang diketengahkan oleh Mohd Yasin
Abdul Majid (1980), iaitu;
• Biasanya setiap perkara yang hendak dipelajari disampaikan dalam bentuk lisan, sebelum perkara tersebut wujud dalam bentuk tulisan,
• Kaedah pembelajaran bergantung kepada kebolehan menganalisis perbezaan di antara bahasa penutur dengan bahasa yang dipelajari secara saintifik,
• Penekanan harus diberikan dalam latih tubi mengenai bentuk bahasa itu dinamakan Pattern Practice (latihan pola), dan
• Memerlukan keadaan yang nyata di dalam perhubungan di antara individu dengan individu yang lain.
Selain daripada ciri-ciri tersebut, kaedah dengar sebut ini mengutamakan dialog sebagai alat yang ampuh menerangkan sesuatu bahasa dan penekanan yang berulang-ulang untuk melahirkan suatu tabiat.
Kaedah ini tidak memberikan tumpuan kepada pengajaran ilmu tatabahasa dan menolak pendekatan kaedah Nahu Terjemahan yang berbentuk intelektual yang cuba menghuraikan permasalahan bahasa.
Proses pembelajaran dilihat sebagai satu tabiat dan pelaziman tanpa melibatkan analisis yang bersifat intelektual atau menggerakkan daya fikir dan kreatif. Latihan-Iatihan berbentuk mudah dan aktif supaya pembelajaran tidak dianggap sebagai satu beban pemikiran. Kaedah ini juga menerapkan penggunaan peralatan mengajar seperti benda-benda maujud, gambar dan makmal bahasa. Penekanannya disampaikan secara berulang-ulang untuk membiasakan penggunaan bahasa seperti menerusi teknik latih tubi yang membolehkan para pelajar membuat gerak balas hasil daripada rangsangan guru.
6. KAEDAH KOD KOGNITIF
Perbezaan yang jelas antara kaedah dengar sebut dengan kaedah kognitif ini ialah penggunaan pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Kaedah ini lebih bersifat analisis sedangkan kaedah dengar sebut pula digerakkan secara analogi. Dengan analisis, pelajar menggunakan fikirannya untuk memahami sesuatu rumus tatabahasa.
Azman Wan Chik (1968) menerapkan beberapa ciri kaedah kognitif ini, iaitu;
• Menguasai dengan secara sedar pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal sesuatu bahasa,
• Pembelajaran dengan menganalisis pola-pola, dan
• Menekankan pemahaman para pelajar akan struktur sesuatu bahasa daripada kesenangan menggunakan struktur tersebut.
Para pengkaji pendidikan menyifatkan kaedah ini merupakan lanjutan atau penyesuaian daripada kaedah Nahu terjemahan. Dalam bentuknya yang baru, kaedah ini memberatkan soal penguasaan bahasa secara sedar, iaitu bahasa sebagai satu sistem yang bermakna.
Teori Pembelajaran Bahasa
SEBAHAGIAN DARIPADA TEORI PEMBELAJARAN BAHASA
Dalam kajian linguistik terdapat banyak teori pemerolehan bahasa, tetapi secara keseluruhannya, teori-teori tersebut boleh digolongkan kepada dua golongan besar iaitu Teori Mekanis dan Teori Mentalis. Noam Chomsky meletakkan teori Mekanis sebagai Teori Empirisis dan Teori Mentalis yang digerakkannya sendiri sebagai Teori rasionalis. Sementara W.M. Rivers pula menyebut Teori Mekanis sebagai Teori Aktivis dan Teori mentalis pula sebagai teori Formalis. Dan aliran yang terbentuk daripada kedua-dua teori ini disebut pula sebagai Aliran Behaviourisme dan Aliran Mentalisme.
1. Teori Mekanis
Teori Mekanis (empirisis / aktivis) menekankan bahawa pemerolehan bahasa terjadi melalui sesuatu lakuan dan penguasaannya adalah hasil operasi stimulus (rangsangan) dan respons (gerak balas) yang merupakan proses naluri semata-mata, bukan proses mental atau kognitif. Teori mekanis ini didasarkan kepada dapatan-dapatan hasil daripada percubaan-percubaan ke atas haiwan, sekadar contoh Skinner menggunakan tikus dan Pavlov pula menggunakan anjing. Hasil daripada percubaan-percubaan ini, haiwan-haiwan tersebut membuat gerak balas apabila adanya rangsangan yang diulang-ulangi sehingga lakuan tersebut menjadi satu tabiat.
Begitu juga dengan pengukuhan bahasa seseorang. Pengukuhan hanya boleh berlaku apabila seseorang mengulang-ulangi lakuan berdasarkan kepada rangsangan-rangsangan sehingga membentuk satu kebiasaan pula. Teori ini juga mengetepikan fungsi otak atau mental seseorang bagi mengukuhkan butiran-butiran bahasa yang diterimanya atau mengulang-ulang melakukan aktiviti yang boleh membentuk satu tabiat atau kebiasaan.
Bloomfield (1942) yang berpegang teguh kepada teori ini berpendapat bahawa penguasaan bahasa bukanlah semata-mata merupakan ilmu pengetahuan. Bahasa dikuasai melalui latihan dan ia mesti dipelajari lebih daripada biasa.
Mengikut Azman Wan Chik (1982), proses pembelajaran bahasa adalah merupakan satu proses mekanikal (dibandingkan dengan proses mental). Jadi penguasaan bahasa bolehlah disamakan dengan proses-proses pembentukan tabiat yang lain seperti belajar memandu kereta dan berenang yang jika diulang kali berjaya dilakukan dengan memuaskan, akan dapat diulangkan seterusnya dengan cara yang automatis.
Hasil daripada teori ini, terbit beberapa kaedah pengajaran bahasa yang disebut Kaedah Terus, Kaedah Audio-lingual (Kaedah Dengar Sebut) dan sebagainya.
2. Teori Mentalis
Teori Mentalis ini pula amat bertentangan dengan teori mekanis. Teori Mekanis yang banyak menggunakan percubaan ke atas haiwan dan menerapkan bahawa pembelajaran dan pengukuhan bahasa boleh berjaya jika adanya rangsangan dan gerak balas telah disangkal oleh golongan mentalis ini dengan mengatakan bahawa manusia sebagai “makhluk yang berfikir” dan berbeza dengan makhluk haiwan. Pembelajaran dan pengukuhan bahasa didapati secara sedar atau dengan kata lain berhubung kait dengan daya fikir seseorang.
Menurut Noam Chomsky (1959) proses pembelajaran bahasa peringkat permulaan diperolehi tidak semata-mata bergantung kepada operasi rangsang dan gerak balas sahaja. Proses Kognitif sudah pasti turut serta. Tanpa peranan kognitif, perkembangan bahasa terbatas pada yang dapat dialami sahaja, pada hal semua komponen bahasa berkembang secara kreatif atau melangkau batasan pengalaman naluriah iaitu rangsangan dan gerak balas. Perkembangan bahasa secara kreatif adalah hasil turut sertanya peranan operasi mental atau kognitif.
Seperti yang kita maklum bahawa bahasa adalah tindakan kreatif yang hanya ada pada manusia. Kreativiti manusia menggunakan bahasa hanya dapat difahami dengan menerima hakikat bahawa bahasa adalah satu sistem yang teratur sebagai sebahagian daripada proses kognitif manusia. Dalam hal inilah, sebarang teori yang digerakkan dengan rangsangan dan gerak balas mampu menghurai kreativiti dan kelenturan orang menggunakan bahasa.
Diller (1971) yang membincangkan teori mentalis ini membuat empat andaian berikut:
• Bahasa yang hidup itu bersifat satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan-peraturan,
• Bahasa digunakan untuk berfikir;
• Peraturan-peraturan tatabahasa itu nyata darisegi psikologi; dan
• manusia adalah unik dengan keupayaannya berbahasa.
Seperkara lagi tentang teori mentalis ini ialah seseorang kanak-kanak telah dilahirkan dengan innate capacity (kebolehan semula jadi) yang membentuk keupayaan berbahasa dan proses penguasaannya bergantung kepada kematangan.
Hasil daripada teori ini timbul beberapa kaedah pengajaran bahasa seperti kaedah kognitif, dan sebagainya. Mangantar Simandjuntak (1987) menyatakan bahawa teori ini juga mengakui adanya pembelajaran melalui ‘trial and error’ (cuba ulang) tetapi dijalankan dengan penuh kesedaran.
Samsu Yaacob dan Marzhuki Nyak Abdullah (1988) membandingkan kedua-dua teori ini dengan mengatakan bahawa teori mekanis mempunyai alasan yang lebih kukuh daripada hujah-hujah yang dikemukakan oleh golongan mentalis, yang lebih mementingkan innate capacity tetapi tidak dapat dibuktikan secara terperinci.
Golongan mekanis menganggap bahawa otak adalah sebagai kotak gelap dan manusia belajar menerusi perilaku serta memperoleh bahasa kerana adanya pengaruh persekitaran. Sedangkan golongan mentalis pula menganggap bahawa pembelajaran bahasa yang mengetepikan fungsi otak atau
fikiran adalah teori yang tidak bermakna.
Sabtu, 12 Mac 2011
Koleksi Santapan Jiwa
Setiap perkara yang telah ditakdirkan Allah kepada kita hari ini adalah yang terbaik untuk kita terima dan pasrah....sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa-apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya semalam, hari ini dan akan datang....
Justeru Tazkirah kita kali ini....
Justeru Tazkirah kita kali ini....
Doa yg termakbul
Makcik Minah tinggal di sebuah desa di Batu Pahat. Pekerjaan nya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Pekerjaannya menjual tempe ini adalah merupakan satu2nya sumber pendapatannya utk menyara hidup.
Pada satu pagi, seperti biasa, ketika Makcik Minah sedang bersiap2 untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba Makcik Minah tersedar yg tempenya yg dibuat drpd kacang soya hari tu masih belum menjadi, separuh jadi.
Makcik Minah merasa amat sedih sebab tempe yg masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Sedang Makcik Minah dalam kesedihan, tiba-tiba Makcik Minah teringat akan firman Allah bermaksud; Allah mampu melakukan perkara2 ajaib, kerana tiada yg mustahil bg Allah.
Maka Mak cik Minah pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa Ya Allah, aku mohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin&.Begitulah doa rengkas yg dipanjatkan dgn sepenuh hatinya. Makcik Minah sangat yakin yg Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang Makcik Minah menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan Makcik Minah pun membuka sikit bungkusan tu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Makcik Minah termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun Makcik Minah tidak putus asa, sebaliknya Makcik Minah berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Makcik Minah pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya, Allah, aku tahu bahawa tiada yg mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikan lah kacang soya ku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran Makcik Minah pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?... Makcik Minah menjadi hairan apabila kacang kacang soya????.... masih tetap begitu!!.
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Makcik Minah tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi Makcik Minah bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Makcik Minah berpikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Lalu Makcik Minah pun berangkat ke pasar. Semua keperluannya untuk menjual tempe seperti biasanya dibawa bersama. Sebelum keluar dari rumah, Makcik Minah sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu Makcik Minah pun berangkat. Di sepanjang perjalanan Makcik Minah tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, cepat cepat Makcik Minah meletakkan barang-barangnya. Makcik Minah betul-betul yakin yg tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar Makcik Minah pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan yg ada. Perlahan-lahan Makcik Minah membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi???...... tempenya benar-benar?... belum menjadi!!!!!
Makcik Minah pun terkesima seketika. Makcik Minah menarik nafas dalam-dalam. Makcik Minah sudah mula merasa sedikit kecewa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Makcik Minah merasa Allah tidak adil. Allah tidak kesihan padanya, inilah satu satunya punca rezkinya, hasil jualan tempe. Makcik Minah cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab Makcik Minah merasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yg baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula menipis.
Makcik Minah meninjau-ninjau kawan kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Makcik Minah tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan tanpa membawa balik hasil jualannya hari itu. Namun jauh di sudut hatinya, Makcik Minah masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun Makcik Minah tahu bahawa pada hari tu Makcik Minah tidak akan dapat pendapatan langsung, namun Makcik Minah berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempe ku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba Makcik Minah dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Makcik Minah!, maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum jadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi. Makcik Minah termenung dan terpinga-pinga seketika. Makcik Minah terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum Makcik Minah menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat Makcik Minah berdoa di dsalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah kacang soya ini tetap seperti semula, Amin". Sebelum Makcik Minah menjawab wanita itu, Makcik Minah pun membuka sikit daun penutupnya. Alangkah seronoknya Makcik Minah, ternyata memang benar tempenya belum menjadi!. Makcik Minah pun bersorak riang gumbira dalam hatinya. "Alhamdulillah", ucapnya.
Wanita itu pun memborong habis semua tempenya yg belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, Makcik Minah sempat bertanya wanita itu, mengapa dia hendak membeli tempe yang belum jadi. Wanita itu menerangkan bahwa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah jadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun dah kurang sedap.

Koleksi Tazkirah Minda
Sesaat yang dipergunakan untuk akhirat...nescaya sebesar-besar pahala dan ganjaran yang Alah gandakan untuk kita.....marilah kita luangkan masa seketika untuk memberi makanan ruh kita yang amat gersang selepas penat menunaikan tanggungajawab di tempat kerja....
Tazkirah kali ini....
Tazkirah kali ini....
SABAR DAN SUKA MEMAAFKAN DAN
BANYAKKAN BERDOA DALAM KEHIDUPAN
Khutbah Rasul S.A.W di suatu sore….. :
Di kalangan manusia terdapat beberapa kategori manusia berkaitan marah:
1. ORANG-ORANG YANG TIDAK CEPAT MARAH DAN CEPAT KEMBALI
TENANG
TENANG
2. ORANG-ORANG YANG CEPAT MARAH DAN CEPAT KEMBALI TENANG
3. ORANG-ORANG YANG TIDAK CEPAT MARAH DAN TIDAK CEPAT
KEMBALI TENANG
KEMBALI TENANG
4. ORANG-ORANG YANG CEPAT MARAH DAN TIDAK CEPAT KEMBALI
TENANG
TENANG
Yang terbaik antara mereka itu ialah :
ORANG-ORANG YANG TIDAK CEPAT MARAH DAN CEPAT KEMBALI TENANG(1)
Yang terburuk antara mereka itu ialah :
ORANG-ORANG YANG CEPAT MARAH DAN TIDAK CEPAT KEMBALI TENANG(4)
Di antara mereka itu pula terdapat kalangan orang yang :
1. MEMBERI DENGAN BAIK DAN MEMINTA DENGAN BAIK
2. TIDAK MEMBERI DENGAN BAIK DAN MEMINTA DENGAN BAIK
3. TIDAK MEMINTA DENGAN BAIK DAN MEMBERI DENGAN BAIK
4. TIDAK MEMBERI DENGAN BAIK DAN TIDAK MEMINTA DENGAN
BAIK
BAIK
Yang terbaik antara mereka itu ialah :
MEMBERI DENGAN BAIK DAN MEMINTA DENGAN BAIK(1)
Yang terburuk antara mereka itu ialah :
TIDAK MEMBERI DENGAN BAIK DAN TIDAK MEMINTA DENGAN BAIK(4)
Langgan:
Catatan (Atom)